Tanggal 8 Januari 2011...
aku memulakan perjalanan ke cawangan SDC di belakang rumah... Aku bangun seawal 6 pagi demi berada di sana pada pukul 7:45 pagi.. Pada pukul 8 pagi, aku telah berada di dalam sebuah kereta kancil yang dipandu menuju ke SDC di PJ... Apa yang aku lalui selepas itu ialah ceramah KPP yang sepanjang 5 jam.... ceramah yang panjang itu dikendalikan oleh seorang instruktor SDC bernama Mr. Vijay... aku mempelajari banyak perkara pada hari itu dan aku juga menonton pelbagai video yang berkaitan dengan pemanduan... banyak benda boleh berubah kalau kita nak... bila kita memandu, kita memegang nyawa seseorang dalam tangan kita.. bayangkan, orang lain yang merana kerana kesilapan kita... Mr Vijay juga menasihatkan agar kita tidak berputus asa untuk memandu... kalau gagal kali pertama cuba lagi, sampai berjaya... Adolf Hitler pernah berkata, "manusia boleh melakukan apa yang diyakini oleh mindanya..." Aku Boleh! Malaysia Boleh!
Kemudian, tanggal 18 Januari, sekali lagi aku menyusun langkah kakiku mendekati lesen memandu.. Pada hari itu, aku menduduki ujian berkomputer... Ada orang cakap ujian undang2.. Tp aku lebih selesa memanggilnya law... Rasa macam amik bidang perguaman pulak.. hehehe...
Alhamdulillah aku lulus, kalau tak, habis kene basuh dengan mak aku... ibu akan berkata
"Nadia, keluarga kita semuanya amik ujian sekali je tau, takde ulang2" dan aku hanya akur...
22 Januari...
ke SDC di PJ untuk Amali... Amali dalam bahasa melayunya, inggerisnya, Maintainence (hah??? seerti ke amali dan maintainence? apa22lah, aku ikut je..) Aku ke SDC dengan menaiki van.. aku sorang je perempuan dalam van tu gadis2 lain pergi naik kereta kancil, aku tersesat, bangun lmbt lagi... so aku dapat duduk depan... Rupe2nya kawan sek aku dulu, ada same... Hazeem namenye...
Kat SDC, kitorang menduduki ceramah selama 3 jam... kitorang belajar pasal bahagian II n bahagian III ujian dengan JPJ bahagian II merupakan ujian dalam litar yg merangkumi ujian bukit, memakir kenderaan, dan tiga penjuru(wow, yaya ingat.. tengok yaya fokus tau..).. Bahagian III, ujian di jalan raya... aku juga mempelajari mengenai enjin, bateri, minyak enjin, minyak brek, bateri, n radiator... serius, menyesal rasenye tak belaja Kemahiran Hidup bebetul masa form 3 dulu...
pukul 1.. Amali praktikal pulak.. kitorang diajary oleh abang Romy(individu yang memandu van yang aku naiki) Kitorang punye kempulan terdiri daripada 9 orang... Subjek ujikaji kitorang ialah kereta kancil, nombor platnye, BJB........(x ingat nombornye...)
kitorang ditunjukkan dengan isi dalaman BJB, kereta yang tabah... sebab apa tabah? orang yang memandunya semuanya amatur...
ketika inilah kami dibenarkan memandu... Percaya x? kereta tu bergerak...
dengan sangat perlahan... aku memandunya dengan kelajuan tidak mencecah 10 km/j... dengan instruktor tu kadang2 memegang steren untuk memastikan kemalangn tidak berlaku... pengalaman memandu tu memang berharga dude... Priceless...
di saat inilah, aku mempelajajari fungsi gear, cekam(klac), pedal minyak dan brek, brek tangan, cermin pndg belakang, dan kompenen2 lain... Pukul 4, back to home...
2 weeks later, i'll get my L licence which allow me to drive with the presence of an instruktor....
and it will be after CNY... Till then...
No comments:
Post a Comment