Thursday, August 18, 2011

Kuliah Yang Extraordinary

Ehem ehem.. Testing one two three...
Okay, kuliah yang extraordinary n berlaku semalam, 17 Ogos(birthday Donnie Wahlberg)2011..
Extraordinary sebab Yaya duduk kat auditorium 4 jam straight..
3 jam kuliah yang first time yaya lalui, dan 1 jam kuliah ulangan..
Hehe Kuliah pun ada siaran ulangan..
Sebenarnya, semalam, kelas kalkulus takde, so kami T2 mengalami kekosongan waktu.. Yaya mengekori teman setutorial, dan mereka mengorak langkah menuju ke Auditorium..
Dalam hatiku, aku tertanya-tanya, "nak tunggu kat luar sejam ke?"
Rupa-rupanya, diorang menyelinap masuk ke dalam auditorium yang ketika itu dihuni oleh pelajar fizikal... Sebelum meangkah masuk, kami berdrama depan pintu, "nak masuk ke?" "ish, takut la" "masuk je"... macam2 la kami cakap.. Sampaikan abang APIDS Fizikal(abang, tua setahun la katakan) yang terlewat 15 mnit drpd waktu asal kuliah, dan nak masuk ke dlm auditorium pelik melihat kami...
Kemudian kami pun masuk.. Time tgh kuliah Fizik 1 yang sudah kami lalui semalam.. So, recap... Ermm seronok la gak, jadi pelajar tumpang ni.. Kalau x salah, time tu, Yaya sorang jer yang pay attention pd lecture, yg lain sembang dgn berbisik, dan ada gak yg siapkan tutorial..
Perkara kedua, berlaku ketika lecture untuk bebudak hayat 1 bermula, masa lecture Kimia 1..
Sedang kami sibuk mengedarkan tutorial, bau hangit menusuk hidung kami... Hangit ibarat getah terbakar.. Pada mulanya, kami buat x endah jer, namun baunya semakin menusuk hidung sehingga aku menjadi pening...
Tanpa dijangka, bunyi loceng kedengaran.. Ala, loceng jer kot... Kriiing... kriiiing.... kriiiiiiiiig.... Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing..
Memang macm tu bunyi nyer, mula2 putus2, pastu, tak berkesudahan plak.. Neuron dalam otakku yang menyimapan maklumat mengenai bau hangit terbakar dan neuron yang menyimpan maklumat -locenng yang panjan ialah loceng kebakaran- berhubung, dan aku menyimpulkan satu kesimpulan... KEBAKARAN?
Lecturer time tu lak khusuk memberikan syarahan, x terdengar lak bunyi loceng tu.. Keresahan melanda kami, Asasian..
Pengalaman ber-fire drill ketika MHS bermain-main di minda...
Akhirnya, keresahan yang kami pancarkan pada wajah dan tingkah laku berjaya ditafsirkan, lecturer diam sekejap dan kami berkata, "kebakaran"
Riak kerisauan dapatku kesan, namun beliau pantas menyembunyikan riak itu.. senyuman x larat diukir pada bibirnya... Aku berkata dalam hati, " tak nak mati terbakar kat sini...".. Tiba2 je bunyi loceng berhenti... Lecturer berkata, takde apa2 kan... Girls yang baru masuk dari luar tu, (merujuk pd asasian yg baru masuk ke auditorium) takde apa2 kan...?".. Gadis tersebut menggeleng.. Then kami meneruskan kuliah macam biasa.. Walaupun xde la biasa sangat coz bau hangit itu masih menusuk hidung... Alhamdulillah, bau tu membuatkan aku x mengantu dalam kuliah.. Hehe..
Tak tau kenapa, gejala kemengantukan semakin menjadi-jadi, especially ketika lecture Kimia 1...

No comments: