Tatkala hujan turun semakin lebat, aku menadahkan tangan.. "Ya Allah, biarlah Encik Mahassan ada kat PASUM petang ni.. Aku x sanggup menanti lagi dah.." Wani sekadar tersenyum...
Pukul 2:00 petang, kami megorak langkah meredah hujan menuju ke auditorium untuk kuliah bio yang ketiga buat diriku... OTW berselilsih dgn Dr Azizan, dan aku mencari-cari kelibat motosikal yang menandakan kewujudan Encik Mahassan di Blok Pensyarah(BP) Namun, kelibat motosikal x aku temui.. Kami meneruskan perjalanan ke Auditorium(Dewan Kuliah Baru/ DK baru) Kuliah start pukul 2:45.. 2:23 petang aku terpanggil utk e BP, setelah digalakkan olh Wani... Inhale, Exhale, then aku, ditemani amalina, menuju ke bilik Encik Mahassan.. Terdapat cahay di biliknya, menandakan bilik itu berpenghuni... Pintu bilik tersebut agak renggang, dan tatkala aku mampir, ia ditutup rapat.. Ish, cam tau2 jer aku nak datang.. Inhale, Exhale, aku mengetuk pintu... Pintu tersebut terbuka, menampakkan kelibat Encik Mahassan... Berbaju Hitam..
"Kumpulan T2?" ish cam tau2 jer... "ye, T2" aku mejawab sambil menarik kerusi dan duduk tanpa dijemput... Pintu bilik ku biarkan terbuka... "Nama?"... "Fatin Nur Nadia" aku x rasa aku berkata dgn kuat, kerana aku merasakan seolah-olah kata2 itu cuma bergema dlm kerongkongku, tapi dgn tingkah laku encik mahassan nampakny, cukup jelas kataku itu.." Dah balik kampung?" beliau bertanya... "Belum" jawabku ragu2... Aku masih di sini, sudah tentu aku belum pulang ke kampung... "Fatin apa?".. "Fatin Nur Nadia".... "Oooo lagi satu Fatin Amanina"... Aku hanya mengangguk... Aku berkata-kata di dlm hati, "sorang lagi Fatihah Nadia" Satu demi satu helaian kertas diselak oleh beliau... Namu namaku masih belum beliau temui.. Kemudia, beliau berhenti, dan mengoyakkan sehelai kertas... Jantungku berdegup kencang... Aku menyambut kertas yang beliau hulurkan.. "Ni bukan slip ye.." kata beliau.. Aku hanya mengangguk.. Alhamdulillah, result okay.. Encik Mahassan tersenyum, dan beliau berkata, "boleh buat raya" aku hany tersenyum, lalu mengucapkan terima kasih... aku kemudiannya berlalu pergi menemui Amalina yang menunggu di luar..
Alhamdulillah, result okay.. Okay sampai boleh la enjoy raya ni.. Tapi, tutorial mesti disiapkan, Final pass years pun dah beli, so cuti ni la masa yg dinanti... Cuti yang terancang insya-Allah, Tapi ingat, kita haya merancang Allah jua yang menentukan...
No comments:
Post a Comment