Saturday, July 21, 2012

Kerenah

Assalamualaikum...
Mula2 sekali, yaya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua.. Selamat menjalani ibadah puasa... Moga2 ibadah kita diterima Allah... Mari kita sama2 meningkatkan momentum ibadah kita.. Kejar ganjaran pahala yang berganda di bulan istimewa ini..

Hari ni Yaya nak cerita pasal kerenah adik2 Yaya bangun sahur...
Sabrina, liat betul nak bangun.. dah bangun, mengadap makanan, dia pegi tenung makanan tu... Ada ke patut.. masa tengah suap nasi, menangis pulak... xde la melalak, cuma air mata mengalir.. tak tau kenapa, terharu kot... x pun sebab makanan tu sedap sangat... Yaya tak perasan pun dia menangis.. tapi si Faiz yang perasan... Pastu, si Faiz ni pun cakap,
"mengada" 
Lagi la budak tu sayu.. Air mata mengalir deras... Yaya diam jer, malas nak campur...

Sabrina tu memang macam tu, suka buat perangai.. si Faiz tu pulak, x faham2.. jangan dilayan... Biarkan je dia melayan kesayuan dalam hatinya.. bukannya dia melalak.. cuma mengalirkan air mata jer... Well, semua orang ada angin yang tersendiri bila baru bangun tidur.. si Faiz ni, bila baru bangun, dia memang bengis sikit.. jangan nak cari pasal dgn dia.. nanti diri terluka...

Itu cerita budak2 yang dah besar panjang.. adik yaya, firdaus, baru nak belajar puasa... Nak menjaga hati punya pasal, dapat "sahur in bed"... siap berselimut...  Itu lebih baik dari dia mengamuk dan terus xnak puasa... Hehehe, tergelak sakan yaya... Yaya cakap kat dia..
"firdaus, makan cepat, lepas makan, dah kenyang, boleh berhibernasi sampai maghrib..." 
Mama yaya cakap, perangai Firdaus tu sebijik macam abang yaya dulu... hehe.. Yaya x de lak ingatan buat perangai mcm tu.. Yaya kan budak baik... hehehe.. Tapi yaya ada memori menunggang bantal peluk di meja makan.. maklumla, x sanggup nak berpisah dgn bantal peluk yang leper tu... so, yaya bawak ke meja makan masa sahur... Yaya punya meja makan gaya jepun dulu, duduk kat lantai.. sambil2 tunggu makanan dihidang, yaya ke alam mimpi dengan encik bantal peluk...

Ish, firdaus ni, dia tengah menjerit-jerit sekarang ni, nanti haus, nak buka.. Jangan harap yaya izinkan... xkan ku benarkan itu berlaku!!!

Sekian,
Hidup berani jadi berani...


Friday, June 29, 2012

Zaman Kanak-kanak yang Hilang


Huh, dah lama betul tak update.. Okay, post kali ni sebenarnya dah lama dah bermain dalam fikiran, sejak awal tahun 2012 lagi... Masalah yang dihadapi yang mengekang idea ni daripada di jadikan sebuah post ialah tajuknya.. Tajuk yang bermain dalam fikiran Yaya ialah, "The Lost Childhood" Tapi yaya cintakan bahasa Melayu, jadi tajuk post ni ialah, "Zaman Kanak2 yang Hilang" =,=

Dulu masa kat PASUM, tutor bahasa Inggeris yaya pernah carita pasal zaman kanak2 beliau.. Beliau cakap, dulu masa beliau kecik2, beliau perlu ke klinik untuk mendapatkan suntikan apa enta.. Beliau betul2 tak suka ke klinik.. Tapi, ada satu benda yang membuatkan beliau dengan rela hati menaiki basikal bersama-sama bapa beliau untuk ke klinik, pemandangan ketika melalui jambatan.. Menurut beliau, pemandangannya sangat indah, air sungai yang jernih mengalir deras bawah jambatan tersebut... Namun apabila beliau kembali semula ke sungai tersebut hari ini, sungai tersebut telah tercemar... Hmm.. Sayang sekali.. Khazanah alam binasa... Yaya x sempat nak menikmati keindahan itu... :(

Masa kat PASUM gak, pensyarah statistik, Prof Sahar... Hehe beliau memang suka bercerita.. Memang la, kalau pensyarah2 x bercerita, pasti kami lena.. lebih2 lagi, lecture statistik pukul 8 pagi... Prof sahar pernah cakap, dulu masa beliau masih kana2 ada seorang pakcik ni.. Pak cik ni kerjanya membawa sampan untuk transport orang.. dari mana ke mana, tak tau lak.. Prof sahar ni selalu la lepak tepi sungai tu, borak dengan pakcik tersebut.. Pak cik tu belum berkahwin... Selalu la gak prof Sahar sarankan gadis2 yang lalu lalang kat situ pada pak cik tersebut.. Pak cik tu lak takde la nak melenting sebab prof Sahar menyibuk... Pak cik tu layan jer... Nampak tak bond yang terjalin kat sini..

Masa kat SMKSP dulu, cikgu Maimon selau cerita pasal sungai kat kampung beliau.. Sungai tu macam sungai dalam cerita Kampun Boy... Ada pokok tempat nak buat penerjunan gaya bebas... Timbul rasa cemburu dalam hati kecil ini... Mama yaya lak, main masak2 guna bahan yang betul, beras, garam, gula, semua ada...

Boleh kata setiap kali orang yang lebih tua bercerita, banyak benda best yang tak dapat yaya alami masa yaya kecik2 dulu... Kalau dulu, orang bercerita, Yaya cuma dengar jer, tapi sejak makin dewasa, cerita2 tu semua membuatkan yaya terfikir,
"Ke mana hilangnya pengalaman aku yang macam tu?"
atau 
"Kenapa aku xde pengalaman macam tu?"

Bila Yaya fikir balik, Yaya ada pengalaman2 indah jugak.. Walaupun tak segempak generasi sebelum ni, tapi, still gempak... Walaupun yaya xde la nak mandi sungai, buat terjunan bebas, bila balik kampung tapi, yaya penah pegi berkubang kat kebun mama yaya... :) Hehe tak cukup sekali, berkali-kali kami berkubang... Nak ke kebun yang terletak di belakang rumah tu, kena merentasi sungai yang cetek.. paras buku lali jer airnya.. (Sungai ke? Apa2 la) Itu dah dikira adventure lah tu.. Mama yaya dulu, masa yaya kecik2 selalu la gak bawak yaya adik-beradik pegi bukit belacan, mandi manda.. itu dah dikira sebagai aktiviti berdekatan dengan alam...
Masa tinggal kat Kelang Lama dulu, selalu main kat rumah jiran.. Main kejar2, main sorok2, pastu Yaya ingat lagi, masa tu nak main apa ntah, yaya dah lupa, tapi kita kena bongkok, letakkan jari di tanah dan berpusing beberapa kali, Atikah, jiran yaya masa tu, dia letakkan jarinya betul2 atas katak.. Hehe.. Melompat budak tu ketakutan.. Yaya pun takut gak...
Dah main lari2 tu, memang lumrah la kalau terjatuh.. Kalau dah jatuh tu, bangun sendiri la.. Luka2, tak payah cakap la... Hehe.. Yaya pernah buat aksi stunt masa kecik2 dulu.. Main basikal sambil tutup mata.. Masa tutup mata still atas jalan raya, pastu bila bukak mata dah ada dalam longkang.. Hahaha, dalam gila longkang tu.. dah la yaya masa tu still pendek.. lebih kurang 1 meter je tinggi yaya, dan longkang tu lak dalamnya, lebih kurang 2 meter.. Huhu, terkandas di situ bersama-sama cik basikal... Kalau main masak2 kat kampung, kitorang x berani nak mintak beras semua tu.. nanti didakwa membazir.. Apa yang kitorang buat, ialah, tunggu Mak lang bakar sampah, pastu, kitorang ambil tin susu yang dah dibuang dan masak air.. Tin susu tu kutip kat belakang rumah jer.. So dah sah2 la kotor, kitorang xde la minum air tu.. cuma enjoy tengok air tu boil jer.. Itu pun dah cukup.. :) (tu bukan main masak2, tu main api)

Sekarang ni, bila yaya tengok budak2 zaman sekarang, tak yah tengok jauh, adik2 yaya ni.. Mainan diorang Samsung Tab, Galaxy note, PSP, PSIII, Kalau masa zaman yaya dulu, beli game tetris jer... Tu pun dah cukup melekakan.. Bila petang, balik sekolah, adik2 yaya menghadap komputer, ntah apa yang dimainkan ntah.. Kalau Yaya dulu, dah janji dengan jiran, nak main badminton, buat konvoi naik basikal, main kat pokok rambutan yang amat besar di belakang rumah, main perang2 guna buah belimbing, main buaian..

Kesimpulannya, zaman dah berubah.. Zaman dulu2 kalau nak tinggi, yaya pergi kat pokok manggis kat kampung dan bergayut lama2.. Tapi adik2 yaya sekarang ni, "ibuuu.. nak calciyum..." Kalau dulu, nak makan cereal dengan susu, amik susu pekat manis, campur air panas, dan letak cereal... Sekarang, "Ibu, susu segar dah abis..." Hmmm... Nampak x perbezaannya... Yaya bukan nak merungut kat sini.. Percaya atau x, yaya tersenyum sambil menaip ni... Yaya hargai zaman kanak2 yaya.. Yaya dapat 1001 faedah dalam zaman kanak2..
Apa yang kita rasa masa kecik2 dulu, sukar untuk dirasai oleh budak2 zaman sekarang.. Jangan dibandingkan zaman kanak2 korang dengan budak2 yang lebih muda.. Memang budak2 tu akan kalah.. Cuba cari individu2 yang sebaya dengan korang, tapi korang x membesar bersama-sama.. Bandingkan zaman kanak2 tu.. Mesti sama..

Sekian.
Hidup Berani Jadi Berani

Monday, June 11, 2012

Menutup tirai PASUM 2011/2012

Assalamualaikum.. Dah lama benar blog ni x diupdate.. memandangkan sekarang ni tarikh akhir UPU dah lama tamat, so yaya dah tenang sikit.. Skarang ni boleh la nak munutup tirai PASUM 2011/2012. Tirai PASUM ni ditutup dengan tibanya result final sem 2 kat rumah..

Result PASUM dijanjikan keluar online pada 15 Mei, namun ditunda ke 16 Mei... Pada 16 Mei, result tersebut ditunda lagi ke 17 Mei.. Alhamdulillah, 17 Mei, kami berpeluang melihat result kami.. Hmm.. Alhamdulillah, result okay.. walaupun tak tau la gempak ke tak, tapi Yaya bersyukur sangat2 sebab dengan usaha tak berapa cukup yang yaya berikan, dapat gak result yang okay..

Sebenarnya masa result tu asyik ditunda, Yaya dah fed up. lebih baik tunggu abang posmen hantar slip result tu ke rumah je,,, Nasib baik yaya x setia menunggu, sebabnya, result tu baru sampai minggu lepas, masa yaya ada kat langkawi.. Nasib baik result online tu betul, same dengan slip keputusan yang sebenar.. Tak de lah punah hati ini... Harap je rumah dekat dgn UM.. lama gak baru dapat slip tu.. huh..

Yaya akui yang entry ni sangat out dated.. tapi nak buat camne.. UPU meragut keinginanku meng-update... Hmm.. skarang ni dah tinggal fasa tawakal, doakan yang terbaik.. Yaya dah xde hak nak mengubah pilihan, so boleh la tenang sikit.. Bulan 7 nanti risau balik huhuhu..

Kepada pelajar PASUM 2012/2013.. All the best.. jangan nak berseronok sangat, nak exam nanti badan yang merana. Hafal semuanya sejak dari sekarang, sebelum hafal faham dulu.. especially organic chemistry.. bio pun.. fizik, last minute boleh pulun lagi.. janji faham.. Math lak jangan tinggalkan tutorial, kadang2 soalan final sebijik dgn soalan tutorial.. Pegi tutorial, jangan x pegi.. penting tu, eratkan ukhuwah dgn budak tutorial masing2, sebabnya korang kat situ setahun jer.. tak lama.. jangan nanti menyesal x spend masa dgn sahabat2.. Good luck. Penghuni bilik c831 KK-12.. jaga bilik tu baik2.. kenangan suka duka semua ada kat situ.. contengan kat dinding sebelah katil tu bukan akak yang buat, tapi senior yang lama.. masa akak dapat bilik tu nota bio tu memang dah sedia terconteng kat dinding tu.. :)

Till then.
All the best juniors
Live brave be bold..

Thursday, May 17, 2012

*tersenyum kelat*

Assalamualaikum..
Yaya hanya mampu tersenyum kelat.. Yaya rasa tak bermaya sangat hari ni.. Bukan sebab keputusan semester 2 PASUM.. Keputusan tu belum confirm pun lagi... Yaya sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat bimbang pasal isu degree yang menjadi dilemma dalam diri Yaya.. Yaya yang kaki TV ni pun x de keinginan nak tgk TV.. Sangat2 xde mood...
Maaf la membebankan para pembaca.. Membuang masa berharga para pembaca... Tapi Yaya nak tulis kat sini pasal apa yang menghantui yaya sekarang ni.. Yaya risau sangat pasal degree ni.. Yaya tak tau nak pilih ape.. Terperangkap antara minat, keinginan ibu bapa, kemampuan yaya, dan peluang pekerjaan bidang yang yaya bakal pilih.. Perasaan ini sangat membebankan.. Seluruh masa depan yaya bergantung pada pilihan yaya sekarang ni.. Tolonglah.. Yaya mohon jasa baik semua mendoakan ketenangan jiwa yaya.. Jiwa ni tak tenteram.. Gabungan pelbagai masalah serentak. Dada ni dicengkam rasa bimbang.. Letih dengan perasaan ni..

Hanya kepada Allah sahaja tempat yaya bergantung harap.. Yaya yakin rezeki Allah tu ada di mana2... Yaya... Yaya.. yaya risau yaya tak mampu.. Yaya ni lemah nak suarakan pendapat yaya pun yaya terpaksa mengerahkan seluruh kekuatan.. Yaya ingat lagi, masa yaya pegi kem kat sekolah dulu.. Yaya nak bangun jadi orang pertama yang meminta maaf pada para guru pun Yaya takut.. takut sangat, sampai yaya dapat rasakan rib cage ni ditendang sang jantung.. Sangat kuat.. Macam nak pitam pun ada... Yaya takut yaya tak mampu nak bersaing... tolonglah, doakan yang terbaik buat yaya.. Please...

Allahuakbar... Kurniakan aku kekuatan ya Allah... Bantulah aku.. Aku hamba-Mu yang jahil.. Aku lemah.. Hanya kepada-Mu aku menyembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan...

Doakan yaya ye... Yaya hanya mampu tersenyum kelat sahaja.. Memendamkan semua bebanan ni.. Tarikh akhir untuk borang kemasukan UM esok.. *tersenyum kelat*

Hidup Berani, Jadi Berani...  :)

Friday, May 11, 2012

Feeling helpless, I am

Someone.. Help me please... I am drowning in my own confusions.. My doubts... and my dilemma... This is stressful!!! I cannot cope with this.. Please.. reduce the burden that i bear at this very moment... :(
I am stressed out for my degree programme.. I've decided on mathematics.. But today, i've decided to do some research on what is the job opportunity if i had a degree in mathematics.. I found nothing!!! Except the job as lecturers...
O Allah, help me.. Show me the way.. Show me the right decision..
I am feeling helpless day after day.. The deadline i approaching, but i haven't yet make up my mind... The thoughts of the results, upu, and degree programme send shivers down my spine.. I got butterflies in my stomach..
To whom should i talk to? I am all by myself.. This is my future and my parents want me to decide it all by myself... I am afraid.. Help me...
Ya Allah, kepada-Mu aku menyembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan.. Aku manusia yang jahil.. Masa depan terhijab dari penglihatanku.. Aku tidak tahu apa yang terbaik buatku.. Tidak juga aku tahu ke mana hala tujuku.. Kau bantulah aku dalam membuat keputusan.. Aku buntu memikirkan masa depanku.. Bantulah aku ya Allah, tuhan sekalian alam.. Tunjukkanlah aku jalan yang sepatutnya aku ambil.. Jalan yang engkau redhai dan boleh diterima oleh keluargaku.. Jalan yang bebanannya dapat aku tanggung.. Semoga dengan petunjuk dan hidayah-Mu, aku mampu berjaya,berbakti kepada kedua-dua orang tuaku.. Bantulah aku ya Allah.. Sesungguhnya kepada-Mu aku menyembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan..
Till then,
Live Brave, Be Bold..

Saturday, May 5, 2012

3 dalam 1

Dua minggu yang lalu, Yaya, Ella, n Zaid telah keluar bersama-sama ke tempat lepak kegemaran zaid.. Aktiviti ini diadakan kerana kami bertiga boleh dikatakan dah kemaruk nak berjumpa, namun masa sering x mengizinkan... Khamis, 26 April 2012, kami bertiga bertemu enam mata, okay, 8 mata, memandangkan masa tu Yaya pakai cermin mata...

Dari rumah, pukul 10 pagi, dan bas tiba pukul 10:30 pagi... Sampai kat tempat lepak kegemaran Zaid, kami ke A&W.. Yaya ngan ella beli root beer... Zaid x beli sbb dia x bleh minum air gas.. Hehe.. Pastu, kami beli lunch kat McD.. Asalnya, kami nak beli lunch pd pukul 11:00 pagi, tp, McD cawangan tersebut xde apa2 lg yg bleh dibeli... Tambahan pula, kalau beli pukul 12 tgh hari, dapat murah sikit.. Jadi, kami pun menunggu selama 1 jam.. Zaid menceritakan mengenai Paranormal Activity.. Kenapa la cerita pasal benda2 seram ni?? Yaya dah la penakut...
Setelah bosan menunggu, Yaya membuat keputusan singgah ke kedai buku Easy Excess.. Yaya tinggalkan Ella ngan Zaid berborak berdua.. Banyak giler buku on sale kat sana... Buku John Grisham pun ada.. Ketika yaya sedang melihat buku2 yang banyak itu, yaya terlihat ella berdiri di pintu masuk bersama-sama seseorang yang agak familiar... Orang tersebut ialah Elyasha!!! Kawan sekolah rendah yaya... Ely x ingat pd yaya.. Huhu.. xpe la.. Yaya memang x menonjol pun masa kecik2 dulu.. Hehe dari kecik sampai sekarang x reti nak menonjolkan diri..
Akibat kebosanan, Zaid dan Ella pun menyertai Yaya di kedai tersebut... Yaya membelikan ella sebuah buku sebagai hadiah hari jadinya dan Yaya juga membeli sebuah buku John Grisham untuk diri Yaya sendiri..
Setelah sekian lama menanti, akhirnya pukul 12 pun tiba.. Kami membeli makanan tengah hari kami... dan mula menuju ke tempat lepak kegemaran Zaid..
Kami berseronok di sana.. makan-makan.. Aktiviti ini diadakan sebagai sambutan untuk Hari Jadi Ella yang baru berlalu, menyambut kebebasan yaya dari belenggu peperiksaan dan untuk Zaid yang bakal menyahut panggilan PLKN... Ni la punca nama 3 dalam 1... Zaid sgt hyper... Dia nyanyi kuat2 sampai naik atas meja.. Dia stress kot.. Nasib baik x ramai orang kat situ...
Kami bertiga mencipta kenangan agar dapat dikenang di masa hadapan kelak.. Pukul 2:30 kami gerak balik ke rumah, tp sebelum tu, pegi solat dulu... Pukul 3, dah abis solat, singgah Popular.. Yaya ngan ella terpaku melihat buku2 yang dijual separuh harga manakal Zaid pula sibuk membelek buku 'abangnya', Lee Chong Wei... Kesian Zaid.. Asal keluar dgn Yaya jer mesti kena singgah kedai buku.. Lama lak tu tersangkut kat situ...
Sebelum balik, Ella belanja kitorang ais krim... Yummy... Perbualan menarik Ella ngan Zaid berkenaan dgn perisa ais krim..
Ella: Zaid, kau nak ais krim ape?
Zaid: Strawberi..
Ella: Strwberi ape?
Zaid: Strawberi cinta...
dan kami pun tergelak bersama-sama... Huh, x terjangka langsung Zaid bagi jawapan camtu..
Asalnya yaya nak ais krim flavour twist coklat, tp coklat xde... Jadi Yaya pun beralih ke Strawberi cinta juga.. Hehehe.. Ella je beli air krim choco top...

Seronok sangat hari tu... Berseronok sampai kepenatan.. Masa naik bas, bas tu berayun-ayun, seolah-olah mendodoikan Yaya agar tertidur.. Nasib baik Yaya dah biasa berperasaan camtu masa kat dewan kuliah.. Jadi xde la terkesan sangat... Sayu pulak rasanya nak melepaskan Zaid ke PLKN... Apa2 pun, Yaya doakan yang terbaik buat Zaid...

Sampai nanti,
Hidup berani, Jadi Berani..