Akhirnya... boleh jugak bersenag-lenang... x payah nak hantar adik for a week... Kalau hantar je xpe gak, sampai nak iring dia ke kelas... Kalau mood dia x baik, Yaya akan dipaksa menemaniya di kelas tersebut... Semalam Yaya dah teroka kerjaya baru, jadi nazir... Perhatikan cikgu mengajar... Semuanya sebab adikku yang seorang nie... Kitorang belajar Pend Jasmani, yang diajar oleh Encik Shahrim.. Teringat pulak mase darjah dua dulu beliau ajar PJ dan Bahasa Melayu... Paling segar di ingatan, semasa beliau bergaya dengan kain pelikatnya semasa kami belajar mengenai kain batik... =)
Nasib baik hari ni dia x buat hal, die bagi Yaya duduk tunggu luar kelas... tak macam semalam... He made me sit in the classroom in the front beside the fire extinguisher.. Yaya dah berkenalan dengan pemadam api tu, maklumlah, dekat 2 jam duduk bersama, Die bagitahu Yaya yang dia sebenarnya haruslah ditukar kerana pinnya telah dicabut... Fire Extinguisher merupakan teman yang setia... Dia sentiasa di situ...
Walaupun Yaya disuruh stay, tapi Yaya lari tugas.. Dah tu, dia duduk senang2 kat dalam kelas, Yaya nak kene berdiri kat luar kelas macam nobita? Sbab tu la, bile dia dah leka, Yaya pun cabut... =)
Nasib baik ada pintu belakang.. Pintu tu jadi blindspot pada adik Yaya dan jalan untuk yaya menyelinap... Ikutkan hati, nak bergolek je kat kaki lima supaya dia x perasan kehilangan Yaya, tapi, Yaya pakai baju kurung la...
1 comment:
awwww firdaus ke? :D
Post a Comment