Thursday, February 23, 2012

Degup... Degup...

Sebenarnya, Yaya patutnya post entry ni semalam.. Masa cerita ni masih hangat lagi.. Kini, benda ni dah suam2 suam kuku, tp boleh je la....

Semalam, yaya telah berjaya membedah seekor lagi tikus.. Hehe... Okay, bukan yaya seorang, ada 3 org yang lain... Apa2 pun kami telah berjaya membedah seekor tikus betina untuk memerhatikan alimentary system hidupan tesebut.. Kenapa sang tikus? Akak demonstrator cakap, tikus dipilih sebab susunan alimentary system dia sama macam manusia..

Di saat yaya masuk jer lab, yaya nampak sang tikus terbaring di atas dissecting board.. X pasti, masih bernyawa atau x.. Selalunya telah dimatikan dgn kloroform.. Walaubagaimanapun, kali ni, sang tikus yang berada di hadapan yaya kelihatan menggigil.. What? Menggigil.. Oh, mungkin hanya ditiup air cond jer... Tapi, memang betul sang tikus menggigil.. matanya terkelip-kelip.. hey, its still alive!!! Yaya dan kawan2 memanggil lab assistant utk bantuan. Kata lab asisstant " dia belum pengsan lagi sekejap lagi dia pengsan... " Hey!! Selama ni memang tikus yang dibedah tu hidup lagi ker?? Okay, this is interesting

FAKTA: TIKUS2 MASIH HIDUP

Kemudian, encik lab assistant pun memanggil seorang lagi lab assistant, akak lab asistant.. Maka akak lab asisstant pun mengambil sang tikus ke fume hood.. Mungkin untuk menambahkan dos kloroform... beberapa minit selepas itu, sang tikus kembali.. masih menggigil, namun x sehebat sebelum ni... Lama kelamaan, dia berhenti menggigil.. Akak demonstrator mengarahkan agar experiment dimulakan, maka kami pun mula membedah..

Kali ni, pembedahan tu dilakukan oleh 4 tangan, dari 4 individu berbeza.. Semuanya menggunakan tangan kanan sahaja.. (sarung tangan ada 2 pasang jer, tu la pasal..) Kalau sebelum ni, kami x bukak rib cage, kali ni, kami bukak rib cage sang tikus.. pada mulanya, yaya teragak-agak coz kalau tikus tu masih bernyawa, dan kami membuka rib cage-nya, maka sang tikus tiada peluang untuk terus hidup... Tapi akak demonstrator cakap, bukak rib cage... Maka bermulalah kerja-kerja pemotongan sternum.. kami mengangkat sedikit ribcage sang tiku, takut2 gunting yg digunakan menikam jantung kecil sang tikus...

Di saat rib cage sang tikus terbuka, kami terlihat jantung kecil sang tikus.. BerDEGUP.. Ya, masih berdegup.. It had a strong heart.. Kata yaya.. Hehe quoting dari cerita Terminator: Salvation... Yaya x pernah sangka dapat melihat jantung yang masih berfungsi dengan mata kepala yaya sendiri.. It was an amazing experience.. Our rat become the centre of attraction for a while for its strong heart.. It was beating, and the beat never comes off throughout the experiment...

Kami memerhatikan alimentary system sang tikus.. Kami mengirai-ngiraikan ususnya untuk mengenalpasti encik pancrease.. Kami jumpa reproductive system sang tikus, kami jumpa struktur berupa kacang hijau yang agak besar tapi berwarna merah hati, encik ginjal... Sepanjang masa, jantung tu terus berdegup...

Hebat ciptaan Allah.. Macam mana jantung sekecil itu mampu memberi kesan yang banyak kpd keseluruhan tubuh.. Jantung sekecil itu boleh jadi sangat kuat.. melawan kesan kloroform.. Kekal berdenyut walaupun sekujur tubuh pemiliknya dah xde harapan nak pulih lagi..

 Ni la pengalaman yang yaya x bleh nak lupa sampai la hari yaya melupakannya.. Sangat berharga dan x semua orang boleh mengalaminyer.. Yaya bersyukur sangat2 coz dapat hidup sebagai Yaya.. Kalau yaya jadi orang lain, maka definisi kehidupan bagi yaya pasti berbeza..

Sekian,
Alhamdulillah, aku hidup sebagai aku,
Hidup berani, Jadi berani

No comments: