Friday, February 3, 2012

Penyiraman

Penyiraman, kata dasarnya ialah siram. Apabila ditambahkan imbuhan pe-....-an, maka huruf "s" digugurkan, maka terjadilah perkataan penyiraman... Tau x huruf2 yg mesti digugukan kalau ditambahkan imbuhan di hadapannya? Huruf2 itu ialah huruf P S T K... Jadi, kalau BF atau GF korang cakap, aku menyintaimu sepenuh hatiku, maka, clash jer la.. BM pun x berapa nk betul.. Ingat, membiasakan yg betul dan membetulkan yang biasa...

Okay, back to main topic... Hari ni yaya asyik bermain dgn cecair jer.. Cecair okay, bukannya air( H2O).. Dalam keseronokan bermain dgn air,adalah adegan penyiraman..
Penyiraman 1

Yaya tengah pipette 25mL ethanoic acid,  CH3COOH.. Sedang yaya menggunakan sucker utk menyedut CH3COOH ke dalam pipette, Yaya terlebih sedut pulak, smpai CH3COOH tu terkeluar drpd pipette.. xpe.. tak tumpah pun.. Nak dijadikan cerita, Yaya tersalah tekan, lalu ethanoic acid tu perpancut ke tangan dan muka Yaya.. Hahaha... kebasahan aku di makmal kimia... Dah la bau dia busuk(x sebusuk ammonia okay..)... Wait a minute.. Acid la!!! Acid terpancut ke muka dan tangan kot!! Fatin!! Wait a second.. Ethanoic acid?
Common name: Acetic acid.. Orang normal macam Yaya lak cakap cuka.. Chett, aku siram mukaku dgn cuka!!!

Scene kedua.. Lepas lecture bio petang tadi, hujan turun selebat-lebatnya.. Ibaratnyer, macam ada org amik baldi dan siramkan ke muka bumi.. Tu la salah satu penyiraman yang yaya alami... Tapi, klimaks peniraman tu ialah ketika dalam perjalanan pulang ke kolej.. Sedang Yaya berjalan meredah hujan di bahu jalan, ada kereta Honda Hybrid meluncur laju... Tau la Hybrid, tp xyah la nak laju2.. Hujan lebat kot... Kalau orang bawak laju2  mase hujan ape jd pada lopak2 air di jalan? Air tu terpercik la kan... So, Yaya menerima percikan air tu.. Nasib baik la Yaya ada payung dan Yaya tutup mulut masa kereta tu lalu... Pastu, aktiviti menyiram ni ada episod kedua dengan watak antagonisnyer ialah sebuah lori yang dipanndu laju.. Mangsa, of course Yaya... Man, basah teruk tau!!!

Moral of the story, kalau nak pipette solution hati2 sikit, nasib baik weak acid... Kalau hujan tgh lebat, xnak amik risiko disimbah, se jangan la meredah...

Sekian,
Hidup berani, Jadi Berani

P/s: huhuhu, walaupun lecture jati diri  dah xde, ada je yg menjadi halangan untuk Yaya balik rumah...  Yaya x bleh balik rumah coz sok ada lecture ganti chemistry.. 2 jam pulak tu.. huhuhu

No comments: