Hari ni, seperti biasa, Yaya teman adik Yaya ke sekolah.. Hari Isnin, ada perhimpunan rasmi, Yaya menemaninya di dewan.. Yaya berdiri di sebelah sebuah tiang, macam cikgu disiplin... Bila dah bosan berdiri, Yaya pun keluarkan buku dan memulakan aktiviti menconteng... Cotengan x bermakna memenuhi satu muka surat buku... Then, its time to return to classroom.. Yaya jalan bersama-sama budak darjah satu menuju ke kelas diorang.. Aku terfikir untuk memakai tanda nama KRS semasa menemani adikku esok, sekadar untuk tidak kelihatan suspicious... Then, suddenly, seorang pengawas berkata kepadaku, "Assalamualaikum cikgu"... Ha? What? me, a teacher... Lepas tu, seorang lagi pengawas memberi salam kepadaku... Ok, fine, maybe sebab ketika itu aku membawa buku contengku.. Jadi, diorang ingat aku seorang guru.. Apa, diorang x dengar pengumuman yang mengatakan bahawa guru2 dikehendaki tunggu di dewan perhimpunan? Mana mungkin seorang guru boleh terlepas daripada perjumpaan itu.. Apa2 pun, lain kali fokus ye adik2...
Next, i DRAG my lil bro into his classroom... But he refused... Selepas beberapa siri memaksa dan menarik, akhirnya, Cikgu SHahrim berjaya mendudukkannya di dalam kelas, tetapi dia masih menangis... Aku dan abangku, membuat keputusan untuk ghaib dan menunggu di kantin in case of anything... Lama menunggu, aku memulakan kerjayaku sebagai BEASTMASTER... Aku berkata-kata dengan sang gagak... Memintanya agar tidak menyelongkar tong sampah... Aku main2 jer... Kemudian aku membaca buku Nafas Terakhir karya Murad Arshad... Aku baca dengan agak kuat satu line ni, ada perkataan "menGAGAK" then suddenly, the gagak berbunyi... Hehe dia faham apa yang beastmaster cakap.. Kemudian, penantianku, diserikan lagi dengan dua ekor ayam.. Jantan dan betina,, mungkin mereka suami isteri.. nampak macam mereka sudah lama bersama... Doakan mereka bahagia ek.. Anyway, is ayam n gagak a beast??
Dah nak dekat rehat tahap 1, baru Yaya n abang decide untuk balik.. Rumah, i'm coming....
Moral of the story:-
Penantian boleh membawa kepada kebosanan.. Kebosanan boleh mmbawa kepada macam2 perkara yang x masuk akal... Perhatikanlah alam, banyak yang boleh kita pelajari daripadanya...
No comments:
Post a Comment