Sesi amali fizik yang terakhir di makmal fizik 2 untuk semester 1.. Walaupun yang terakhir, sesi kali ni tetap ada kenangan yang tersendiri. Hari ni aku dan teman2 menjalankan eksperimen yang telah kami jalankan sejak tingkatan satu lagi. SIMPLE PENDULUM.. Tapi kali ni, tentunya dgn ilmu yang bertambah.. Kalau dulu buta-buta je ikut arahan cikgu buat table unutk isi data length, time, average time, period, period square. Tapi kali ni, aku dah mengerti tujuan mendapatkan semua data tu.. Kitorang nak cari nilai gravitational acceleration kat tingkat 5 bangunan PASUM bau yang terletak di atas bukit ni.
Kumpulanku menjalankan eksperimen kami. Nampaknya kemi mendahului kumpulan lain.. Bagus ni, tanda2 awal nak balik cepat ni.. Teammate aku berkata kepadaku, "Fatin, hari ni kita nak balik cepat tau.." Aku x menjanjikan apa2.. Dipendekkan cerita, kumpulan kami mennyelesaikan eksperimen dan juga menyiapkan report kami pada jam 4:35 petang.. Normal lah tu..
Aku sengaja melambat-lambatkan keadaan. Aku sengaja menyemak setiap equation dan jalan kerja bersama unit bagi jawapan berulang kali. Aku bertany kpd demonstrator untuk kepastian yang lebih lagi. Di saat aku meletakkan reportku ke dalam bakul, jam menunjukkan pukul 4:40.. Rilek la awal lagi.
Aku menuju ke meja kami yang terletak di hadapan sekali. Aku menyusun buku2, kertas2, dan pensel serta pen yang ada. Menyumbatkan segala-galanya ke dalam beg. Dari jauh, aku mendengar akak demonstrator berbual-bual, mereka bosan menanti agaknya.. Kemudian, aku terdengar salah seorang demonstrator berkata, "Selalunya, group2 belakang yang lambat, hari ni yang depan pulak. Dah nak hari last ni, terbalik pulak.."
Wahai akak demonstrator ketahuilah bahawa, group kami bukan selalu di depan. Selalunya, ada kat belakang.. Yang selalu lambat kat belakang tu pun kitorang jugak.. Kitorang memang selalu lambat.. Serius, Aku memang enjoy tgk lab kosong. Kalau hari pertama tu, memang stress bila tgk semua org dah balik, tp kali ni disebabkan kitorang punya kerja dah settle, stress tu x de.. Bila balik lambat, boleh dpt pengalaman yg org balik awal x bleh dpt. Hikmah balik lambat, tadi, kitorang turun dgn akak2 demonstrator. Diorang sungguh kelakar. Penat gelak tau. Aku x tau kenapa, tapi dari hari first lagi, aku macam kenal je sorang akak demonstrator tu, tapi dia x kenal aku.. Aku suka perhatikan dia.. Hehe dah macam stalker plak, Tapi x la sampai tahap tu..
Oh ya, conclusion utk exp... Berdasarkan eksperimen kami, nilai graviti di tingkat 5 bangunan baru PASUM ialah, 10.12 meter per second per second.Nilai graviti dr aras laut ialah 9.81.. Hehe baru tahu yang semakin tinggi altitude, semakin tinggi nilai gravity.. Gurau je.. Kalau makin tinggi altitud makin tinggi gravity, alamat x terbanglah encik kapal terbang, tak ke outer space lah, encik roket.. Aku admit yg ada eror dlm exp ni, tp, percentage error kitorang 0.03% je..
Akhir kata, hidup berani, jadi berani.
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment