Selalunya, orang melayu cakap, hari raya aidiladha ni sebagai hari raya korban atau raya haji..
Dulu, ustaz yaya pernah cakap (tak ingat ustaz yg mana satu.. Ustaz Wasif ke, Ustaz Shahir ke, Ustaz Khairul..) yg hari raya korban ni lebih besar drpd raya puasa..
Kalau tgk dr tempoh sambutan pun ketara.. Kalau raya puasa, kita bertakbir satu hari jer, tp raya korban ni, kita bertakbir 3 hari..
Apa2 pun, Yaya cuma nak mengucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam, pembaca blog Yaya ni..
Di kesempatan ini, ingin Yaya kongsikan, amalan2 sunat Aidiladha
PAGI 10 ZULHIJAH
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak
No comments:
Post a Comment