Monday, November 14, 2011

Review: Sutera Bidadari



Sambungan bagi Cinta Sufi.. Saifudin ditembak senapang pihak tentera Portugis dan sedang dirawat oleh Hang Tuah di bawah tasik.. Catalina telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Maryam..
Sutera bidadari mempunyai dua latar masa 1511 dan abad ke-21..
Saifudin berjuang untuk memerangi kejahatan Taghut.. Sebai sahaja, Saifudin pulih daripada lukanya, beliau memulakan perjalanan ke Negeri Atas Angin untuk memerangi Taghut.. Kali ini perjuangan beliau disertai oleh Maryam, Luna, Sadik, Abdol Rahman, dan panglima Melaka, Panglima Awang Bagan.. Ketika dalam perjalanan, Sadik, sahabat Saifudin telah terkorban.. Dibunuh oleh kaum pemakan daging manusia.. Ketika berdepan dengan kaum pemakan daging manusia, Saifudin telah dipukul di bahagian belakang kepala. Kecederaan itu memberikan kesan yang besar pada Saifudin.
Perjuangan Saifudin memerangi Taghut turut disertai oleh bangsa Polip. Bangsa Polip memang mempunyai dendam dengan Taghut yang telah membunuh pahlawan Polip.
Saifudin juga sering diganggu bisikan ghaib dan kadang-kala menggangu tidurnya. Bisikan itu mengajaknya singgah di Inderipuri.. Saifudin sering ditarik masuk ke alam tidak bermata oleh Sang Dewi..

Pada abad ke-21, Catatan Maryam dan keris Laksamana Sunan telah dicuri.. Penjaga khazanah itu, Saifullah berusaha menjejaki pencurinya iaitu Elizabeth.

Watak antagonis dalam novel ini ialah, Taghut, Sang Dewi yang disumpah, Vlad The Impaler, dan Drakul..

Sutera Bidadari ditinggalkan dalam keadaan tergantung.. Saifudin mendapat tahu bahawa Sang Dewi yang telah bertukar menjadi batu setelah menyeberangi prasasti yang mengurungnya ialah Ratna, isterinya.

Kalau baca novel ni ada beberapa persoalan yang akan timbul..
Sang Dewi ialah Ratna?
Pertarungan terakhir Saifudin dan Taghut yang telah kehilangan kesaktiannya
Vlad The Impaler dan orang suruhannya, Drakul , apa jadi pd mereka berdua?
Doba yang mengembara dgn Raja Roman?
Sumpahan sang dewi
Saifullah yang seolah-olah Saifudin abad ke-21

Yaya x sabar nak tunggu buku seterusnya.. Apa jadi pada Catalina, Luna, dan Ratna? Macam mana Saifudin nak selamatkan Sang Dewi?

Membaca jambatan ilmu,
Hidup berani, jadi berani..

No comments: