Alhamdulillah, Malaysia menang.. Ya, Yaya tgk game tadi.. Kat mana Yaya tgk? Kat bilik.. Live streaming.. Cuba teka, yaya tgk channel mana.. Cepat, teka.. Tak tau? Yaya tgk channel Vietnam.. TV 1 punya live streaming ada problem dan Yaya xde account Tonton, nak tgk tv3..
Nak dijadikan cerita, ni la game yg paling stress, anti-klimatik, dan melanggar hukum fizik..
Antara buffering dan loading, serius, bola tu hanging di udara.. Hukum graviti x berkesan padanya..
Antara buffering dan loading, yaya stress sebab, di saat genting, buffering melanda, hasilnya, Yaya ter-loading.. Semua org dah bersorak, yaya still ternanti-nanti... Ada baiknya gak, yaya belajar mentafsirkan nada sorakan diorang.. Dgn mendengar sorakan je, Yaya dah boleh tau, Malaysia berjaya menjaringkan gol atau Fahmi berjaya menyelamatkan gol..
Alhamdulillah, Malaysia menang.. Match mengalahkan final FIFA World Cup lamanya... 8:30 sampai 11:30.. Pendek kata, kalau yaya kat rumah ni, mesti x tgk LTM, NCIS:LA, dan CM... (Tak pun, Yaya tgk cerita2 tersebut instead of menonton perlawanan ni..)
Di kesempatan ini, Yaya nak ucapkan thanks pd Anin yang memberikan maklumat tatkala yaya tertanya-tanya ttg score sebelum ni.. Rupa-rupanya, Indonesia mendahului dgn 1 berbalas 0.. Sebab tu la gegak gempita kafe dgn tempikan mereka.. Kecewa.. Namun, nyata, Malaysia x mengecewakan.. Lebih2 lg, nasib menyebelahi kita.. Tak caya, tgk penalti kick.. Nasib yg sgt baik.. Kadang2 nasib baik tu bleh diatur gak.. Semuanya mathematics jer..
Antara buffering dan loading, Yaya bersyukur match ni diadakan hari ni, bayangkan kalau minggu depan, Yaya sibuk nak buat tutorial masa tu..
Antara buffering dan loading, membuatkan Yaya bertekad nak tgk match ni sekali lagi, dan pastikan, kali ni xde buffering yg membawa ke-loadingan yaya..
Till Then,
Antara Buffering dan Loading, Alhamdulillah Malaysia menang
Live Brave, Be Bold...
No comments:
Post a Comment